BM | EN | 中文

ZURAIDA, ALU-ALUKAN CALON DARIPADA WANITA

IMG-20191013-WA0010.jpg
Advertisement

PONTIAN, 13 OKT : Pengalaman dimiliki ibu Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik akan dijadikan sebagai strategi bagi wanita Pakatan Harapan (PH) dalam memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Kecil (PRK) di Tanjung Piai.

Ketuanya, Zuraida Kamaruddin berkata, ini kerana ibu Allahyarham, Norma Mohamed mempunyai pengalaman luas dalam politik.

“Norma pernah memegang jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Piai selama 30 tahun dan pengalaman itulah yang akan digunakan dalam proses gerak kerja jentera wanita PH.

Advertisement

“Sudah tentu dia sudah bersedia dan telah menjalankan kerja mencari maklumat bagi juga hala tuju gerakan jentera wanita,” katanya ketika ditanya soal PRK Tanjung Piai.

Tentang calon pula, Zuraida menyerahkan kepada Bersatu untuk menentukannya.

“Kita serahkan kepada Bersatu untuk tentukan calon layak. Saya alu-alukan sekiranya ada calon wanita.

Advertisement

“Kita perlukan lebih ramai wakil rakyat wanita di Johor yang masih kurang dari PH.

“Jika  ada ruang dan peluang saya alu-alukan ia jadi faktor tambahan kemenangan,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan kerja di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas, di sini, petang tadi.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top