JOHOR BAHRU, 28 FEB: Zoo Johor di Jalan Gertak Merah di sini akan ditutup sementara selama 11 hari bermula 2 Mac hingga 12 Mac ini.
Menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam Facebooknya semalam, penutupan itu bertujuan untuk kerja menaik taraf dan penyelenggaraan.
“Penutupan itu untuk melaksanakan kerja-kerja mengorek, merentang dan pemasangan kabel elektrik di dalam kawasan zoo dapat dilaksanakan dengan lancar di samping mengambil kira aspek keselamatan pengunjung.
“Zoo Johor akan dibuka seperti biasa pada 13 Mac ini setelah kerja-kerja di kawasan awam selesai,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan itu lagi, pihaknya turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.
Johorkini