BM | EN | 中文

Zoo Johor ditutup sehingga 15 Nov untuk kerja naik taraf

zoo-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 OKT: Zoo Johor akan ditutup sementara mulai hari ini hingga 15 Nov bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur termasuk kandang haiwan dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Ayub Jamil berkata penutupan zoo itu bagaimanapun tidak mempunyai sebarang kaitan dengan peningkatan kadar penularan pandemik COVID-19 atau berlaku kes jangkitan pandemik tersebut di kawasan berkenaan.

“Penutupan sementara ini adalah untuk membolehkan kerja-kerja menaik taraf yang lebih berat dibuat selepas projek menaik taraf bermula pada 6 Julai lepas.

Advertisement

“Kerja-Kerja menaik taraf kandang haiwan itu membabitkan 12 sangkar dan kandang burung botak, buaya, badak, unta, tapir, harimau, singa, beruang matahari, cimpanzi, gajah, dan iguana,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata meskipun kerja menaik taraf itu dilakukan, haiwan lain termasuk 83 mamalia, 135 reptilia, 14 primat dan 88 unggas yang berada di Zoo Johor tidak akan dipindahkan sebaliknya dijaga seperti biasa melalui kaedah pengasingan.

Notis pemberitahuan penutupan zoo itu telah tular di laman sosial Facebook sejak Jumaat lepas dan kerap dikongsi oleh netizen.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top