JOHOR BAHRU, 31 OKT: Semua sekolah agama kerajaan Johor di daerah ini diarahkan tutup mulai Ahad ini selama dua minggu susulan pengumuman penutupan kesemua institusi pendidikan di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata penutupan itu turut membabitkan 91 sekolah agama kerajaan dan 67 institusi swasta meliputi madrasah tahfiz swasta, sekolah rendah Islam swasta dan sekolah menengah Islam swasta.
“Turut terlibat dengan penutupan itu adalah semua Tadika Islam Johor, Kolej Marsah Johor, Maahad Johor, pusat-pusat tahfiz dan madrasah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ),” menurut beliau dalam kenyataan malam tadi.
Tambah Tosrin, semua sekolah agama persendirian yang berdaftar dengan JAINJ dan kelas-kelas pengajian Al-Quran di bawah guru-guru Al-Quran JAINJ selepas Johor Bahru diisytiharkan zon merah COVID-19 mulai semalam.
Beliau berkata arahan penutupan turut merangkumi mana-mana pusat tahfiz, pondok dan madrasah yang belum berdaftar dengan JAINJ.
Johorkini