BM | EN | 中文

Ziarah prihatin Adun Penggaram santuni penduduk, serah sumbangan

Ziarah-prihatin-Adun-Penggaram-santuni-penduduk-serah-sumbangan.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 19 OKT: Keprihatinan terhadap rakyat yang ditimpa kesulitan dan usaha bagi mengatasi masalah tersebut menjadi kemestian kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penggaram, Gan Peck Cheng.

Gan berkata, melalui kerjasama dengan pemimpin masyarakat di kawasan DUN Penggaram, pihaknya dapat meningkatkan lagi keberkesanan program turun padang dan ziarah prihatin bertujuan mengenalpasti pihak yang memerlukan bantuan.

“Saya bersama Pengerusi MPKK Jorak Elahi, Jaffrey menziarahi dan menyampaikan sumbangan keperluan perubatan dan harian kepada Puan Norhana Abd Rahman di rumahnya di Kg Jorak Elahi.

Advertisement

“Walaupun beliau merupakan penerima bantuan dari JKM dan Baitulmal, ianya tidak mencukupi memandangkan keadaan beliau yang kini terlantar sakit dan memerlukan rawatan harian.

“Pasukan saya akan terus berusaha membantu bagi memenuhi keperluan beliau. Semoga segala urusan Puan Norhana dan keluarganya dipermudahkan,” kata Gan dalam kenyataannya, semalam.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Jue Li Chew, Ketua DAP Wanita Batu Pahat dan Puan Rahima, Ketua AWAN Batu Pahat.

Advertisement

Terdahulu sebelum itu Gan turut berkunjung ke rumah Puan Peah di Taman Nira bagi meninjau masalah kebocoran bumbung rumah selain menyampaikan barangan asas selepas mendapat laporan daripada penduduk setempat.

Menurut Gan, kunjungan bertujuan memastikan keperluan dan kebajikan Puan Peah, kerana anak dan cucunya yang selama ini menjaganya telah ditimpa kemalangan jalanraya dan sedang menjalani rawatan di HSNI, Batu Pahat.

“Keadaan bumbung rumah beliau yang bocor dan terdapat serangan anai-anai di beberapa bahagian merisaukan kejiranan, dan telah dilaporkan kepada saya.

Advertisement

“Semangat kejiranan yang masih kuat di kalangan penduduk sekitar Taman Nira harus dijadikan contoh,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top