BM | EN | 中文

Ziarah AWAN Nasional di DUN Maharani terima reaksi positif penerima sumbangan

ziarah-dun-maharani.jpg
Advertisement

MUAR, 5 OGOS: Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Nasional baru-baru ini mengadakan program ziarah peduli bertemu masyarakat di sekitar DUN Maharani, terutamanya mereka yang ditimpa kesusahan dan keluarga yang mempunyai ahli Orang Kelainan Upaya (OKU).

Ketua AWAN Johor, Nor Hayati Bachok berkata program ini diadakan sebagai lanjutan dari program kebajikan pusat khidmat DUN Maharani yang dijalankan sebelum ini melalui Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Muar, Johor.

“Kita menumpukan program di PDK kerana mereka ini ramai terdiri daripada OKU dan asnaf. Sebenarnya ia adalah rutin DUN kami membuat lawatan atau ziarah seperti ini.

Advertisement

“Selain itu ada rumah yang kita kunjungi secara berulang bertujuan mengetahui isu atau permasalahan dialami keluarga.

“Ada juga di antara mereka yang terkesan dengan kehilangan kerja dari kalangan ahli keluarganya. Ada yang hilang punca pendapatan.

Ketua AWAN Johor, Nor Hayati Bachok

“Rombongan kami sedikit sebanyak ingin meringankan bebanan ditanggung oleh keluarga seperti ini,” ujarnya.

Advertisement

Beliau yang merupakan Adun Maharani berkata, program seperti ini akan diteruskan sebagai usaha kebajikan di kawasan DUN tersebut.

Salah seorang penerima sumbangan tersebut, Norlailee Jabar 43, yang mempunyai anak berpenyakit sawan Siti Nuhazirah Mohd Shafik, 17, berkata sumbangan yang diterima amat berharga bagi keluarga mereka.

“Saya bersyukur sebab YB datang melawat saya sekeluarga dan berterima kasih banyak-banyak serta gembira dengan sumbangan tersebut.

Advertisement

Norlailee Jabar

“Sekarang saya sekeluarga memang banyak masalah. Sekurang-kurangnya kehadiran YB ini dapat membantu kami sekeluarga.

“YB banyak membantu kami dan berulang kali hadir ke rumah ini mengunjungi keluarga kami. Itu yang membuatkan kami terharu dengan usahanya,” katanya dalam nada yang sebak.

Program ziarah peduli rakyat itu turut disertai rombongan AWAN Nasional dan AWAN Johor diketuai Senator Aiman Athirah Al Jundi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top