BM | EN | 中文

Ziarah Aidilfitri dibenarkan dengan had maksimum 20 orang

jamuan-raya.jpg

Gambar Hiasan (Gambar Ehsan utm.my)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 MEI: Ziarah Aidilfitri dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa.

Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin berkata prosedur operasi lazim (SOP) kesihatan seperti penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung, dan kebersihan kendiri seperti penggunaan hand sanitizer perlu diamalkan sepanjang sambutan perayaan ini.

“Pastikan rumah sentiasa bersih. Basuh pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga dan lain-lain selepas digunakan untuk menjamu tetamu yang hadir.

Advertisement

“Kementerian Kesihatan juga menyarankan agar saudara-saudari elakkan daripada berada di tempat yang sesak atau tempat yang tertutup.

“Kalau nak bersembang dengan tetamu pun, jarak-jarakkan sedikit. Tidak perlulah duduk terlalu rapat.

“Tak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka,” kata Muhyiddin dalam perutusan khasnya hari ini.

Advertisement

Beliau berkata norma baharu tidak bermakna rakyat Malaysia tidak boleh menyambut perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan atau Hari Gawai.

“Dalam tempoh ini, ada beberapa perayaan utama yang lazimnya akan melibatkan pergerakan orang ramai, iaitu Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

“Jadi saya nak mengingatkan saudara-saudari tentang larangan pergerakan antara negeri yang masih berkuatkuasa dalam tempoh ini.

Advertisement

“Ini bermakna, minta maaf banyak-banyak, saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua, perjalanan
balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan.

“Saya tahu ramai yang sedih tak dapat balik berhari raya di kampung bersama keluarga.

“Bersabarlah, bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudara-saudari bolehlah balik ke kampung halaman menziarahi ibu bapa dan sanak saudara.

Advertisement

“Stesen-stesen TV dan Radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau sekali-sekala. Kalau dimainkan selalu saya pun berasa sayu juga.

“Mainkanlah lagu-lagu Hari Raya yang boleh menceriakan suasana. Saya tengok dalam YouTube ada lagu “Jange Kelik La Weii”. Lagu ni pun OK lah,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top