BM | EN | 中文

Zakat fitrah di Johor hanya secara online

e-zakat-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 APR: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menetapkan pembayaran zakat fitrah hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, umat Islam di negeri ini yang mahu membayar zakat fitrah mereka boleh menunaikannya menerusi tiga platform dalam talian yang telah disediakan oleh MAINJ.

Menurutnya, tiga platform tersebut adalah Zakat Johor Online Payment, Portal Johor Online Payment dan Portal SNAP N PAY Bank Islam Malaysia Berhad.

Advertisement

“Ini merupakan kaedah bayaran yang paling mudah dan selamat kerana pembayar zakat fitrah tidak perlu bergerak ke luar rumah dan bayaran dilaksanakan secara dalam talian dari kediaman masing-masing.

“Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) akan menggunakan pejabat-pejabat MPPK di kampung seluruh negeri untuk memudahkan urusan berkenaan,” katanya, dipetik dari kenyataan di kumpulan telegram Pusat Media Covid-19 Johor.

Bagi tahun 1441H bersamaan 2020M, kadar zakat fitrah di Johor ditetapkan pada dua kadar, iaitu RM7.00 dan RM10.00.

Advertisement

Kadar RM7.00 bagi umat Islam yang menjadikan makanan harian beras jenis super tempatan, manakala RM10.00 bagi yang menjadikan makanan harian beras import seperti beras wangi, basmathi dan lain-lain.

Tosrin berkata, bagi golongan yang tidak dapat menunaikan zakat selepas berusaha atas sebab tidak mempunyai kemudahan, lokasi kediaman terpencil dan tiada bantuan, mereka boleh melaksanakan qada zakat fitrah selewat sebelum 30 Syawal atau sebulan selepas tamat PKP.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa solat sunat terawih, program bubur lambuk dan majlis berbuka puasa di masjid ditangguhkan sepanjang PKP.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top