ZAHIDI PERLU HORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH KES BASIKAL LAJAK-MUHYIDDIN
Tragedi basikal lajak menyebabkan lapan remaja maut

ZAHIDI PERLU HORMATI KEPUTUSAN MAHKAMAH KES BASIKAL LAJAK-MUHYIDDIN

Oleh: Khairul Mohd Ali 

PONTIAN 7 NOV: Presiden Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zahid Hamidi perlu menghormati keputusan mahkamah berhubung keputusan kes basikal lajak yang mengakibatkan lapan remaja maut, Februari tahun lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tindakan Zahid yang bermain sentimen berhubung keputusan kes tersebut.

Katanya, Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang mengamalkan ‘rule of law’.

“Saya hairan, Zahid Hamidi yang merupakan pakar politik boleh mempertikai hukuman mahkamah. Bukankah itu tindakan menghina mahkamah.

“Sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka boleh gunakan saluran yang betul untuk membuat rayuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Bilik Gerakan Utama PH di Rambah, di sini, hari ini.

Terdahulu, Zahid yang juga Presiden UMNO mendakwa kerajaan PH dan Peguam Negara, Tommy Thomas menyalahguna undang-undang sedia ada.

Katanya, ini kerana melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu dalam kes basikal lajak.

Beliau didakwa berkata demikian dalam ceramahnya ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, di sini semalam.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Bersatu turut mengingatkan masyarakat untuk memilih calon wakil rakyat yang mampu memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Pembangkang mendakwa undi kepada mereka adalah sokongan moral kepada mereka dan pihak berkuasa dalam kes mahkamah seperti Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

“Mungkin ada isu tetapi itu soal yang berbeza, (PRK) ini undi untuk rakyat Tanjung Piai, bukan undi sokongan moral,” katanya lagi.

JohorKini

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )