BM | EN | 中文

YWJ MAHU ANGKAT SENI BUDAYA DAN WARISAN JOHOR

WYJ.jpg
Advertisement

Oleh: Khairul Mohd Ali

JOHOR BAHRU, 17 NOV: Penganjuran program Lestari Seni Budaya bertujuan untuk memartabatkan seni budaya dan warisan negeri ini khususnya dalam kalangan generasi muda bagi memastikan ia tidak ditelan zaman.

Pengarah Yayasan Warisan Johor (YWJ), Sharil Nizam Abdul Rahim berkata, program itu melibatkan beberapa cabang seni antaranya seni visual, seni khat, seni tari zapin seni muzik ghazal dan seni taranum.

Advertisement

“Program yang dianjurkan membabitkan seramai lebih 5,000 penyertaan daripada semua kategori membabitkan kategori sekolah rendah, sekolah menengah dan terbuka.

“Selain bertujuan mendedahkan cabang seni ini kepada golongan muda, program ini juga bertujuan untuk mengembangkan bidang seni berteraskan budaya bangsa yang mempunyai nilai positif,” katanya.

Advertisement

Sharil Nizam

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Lestari Seni Budaya yang diadakan di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, di sini, hari ini.

Turut hadir, Penolong Pengarah Bahagian Pemuziuman YWJ, Wasfi Mirza Othman.

Tambah Sharil Nizam, program itu juga bertujuan untuk memberi penghargaan kepada tenaga pengajar yang terus memberi khidmat bagi memastikan seni budaya dan warisan negeri ini terus berkembang.

Advertisement

“Program ini telah dimulakan sejak tahun 1997 lagi dan telah ditambah baik penganjurannya dari tahun ke tahun.

“Harapan kami adalah agar prestij program ini akan dapat terus dipertingkat bagi memastikan seni budaya dan warisan Johor diangkat ke tahap lebih tinggi,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top