BM | EN | 中文

YSIJ kerjasama Yayasan Temasek sumbang 7.5 juta pelitup muka

ysij.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 MAC: Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama Yayasan Temasek dari Singapura menyumbangkan 7.5 juta pelitup muka dan 260 mesin pelitup muka layan diri (vending machine) dengan nilai secara keseluruhan RM25 juta.

Baginda dalam hantaran di laman facebook bertitah, mesin pelitup muka layan diri pula akan ditempatkan di lokasi-lokasi strategik diseluruh daerah secara berperingkat.

“Penempatan lokasi mesin-mesin di semua daerah akan ditentukan oleh kerajaan negeri bersama YSIJ bagi memastikan edaran pelitup muka dapat disampaikan kepada rakyat di seluruh negeri Johor.

Advertisement

“Hasrat saya adalah untuk memastikan pelitup muka ini mudah diperoleh oleh semua rakyat, dalam menjaga kesihatan masing-masing,” katanya.

Baginda bertitah pelitup muka yang boleh dibasuh dan anti bakteria itu akan disampaikan kepada masyarakat di semua daerah termasuk murid dan pelajar sekolah secara percuma.

Selain itu, rakyat Johor juga bakal menerima satu pek setiap seorang yang mengandungi dua keping pelitup muka bercirikan anti bakteria dan ianya boleh dibasuh seterusnya diguna semula sehingga 30 kali bagi setiap keping.

Advertisement

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa melihat mesin pelitup muka layan diri di Istana Pasir Pelangi, dan menyerahkan lebih 620,000 pelitup muka untuk kegunaan murid dan pelajar sekolah kepada Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Shaharuddin Saari.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Dato’ Hasni Mohammad, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato’ Azmi Rohani, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSIJ, Dato’ Avinderjit Singh; Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Fadhly Suffian Laili serta Mejar Cina Datuk David Wong.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top