BM | EN | 中文

Ysahrudin temui Infra Desa Johor, usaha selesai masalah prasarana DUN Bukit Naning

Ysahrudin-infra-desa-johor-dun-bukit-naning.jpg
Advertisement

MUAR, 21 SEPT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning, Ysahrudin Kusni berharap masalah berkaitan kemudahan asas di kawasan itu dapat diselesaikan dengan segera.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan pihak Infra Desa Johor (IDJ) diwakili pegawai daerah Muar/Tangkak pada 18 September lalu.

Ysahrudin Kusni berkata, perkara itu termasuk masalah kerosakan jalan raya terutamanya di kawasan luar bandar dekat DUN Bukit Naning kerana baikpulih prasarana tersebut memudahkan akses penduduk ke kawasan sekitar.

Advertisement

“(Saya) bersama ketua-ketua kampung mengajukan permasalahan jalan-jalan desa yang perlu dibaikpulih.

“Perbincangan ini akan disusuli dengan tindakan ke kawasan yang telah dimajukan permasalahan,” ujarnya.

Pertemuan itu turut disertai pegawai khas ahli parlimen Bakri, Pearl Tan.

Advertisement

Dalam pada itu Pusat Khidmat Adun Bukit Naning dengan kerjasama pejabat parlimen Bakri turut mengadakan program gotong-royong untuk membersihkan kawasan sekitar bagi mencegah penularan virus bawaan nyamuk Aedes.

Turut sama melancarkan perjalanan program ialah agensi seperti Pejabat Kesihatan Muar, MPM, dan SWCorp.

Ini kerana terdapat kediaman yang didapati menjadi punca pembiakan nyamuk kerana terdapatnya jentik-jentik di dalam takungan air.

Advertisement

“Masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan dan pastikan tiada punca yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top