BM | EN | 中文

Ysahrudin sumbang pelitup muka di sekolah sekitar DUN Bukit Naning

Ysahrudin-sumbang-pelitup-muka-di-sekolah-sekitar-DUN-Bukit-Naning.jpg

MUAR, 4 SEPT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Naning, Ysahrudin Kusni menyampaikan sumbangan pelitup muka ke beberapa sekolah di kawasan DUN Bukit Naning melalui satu program penyerahan, baru-baru ini.

Ysahrudin berkata pihak pusat khidmat DUN Bukit Naning sentiasa berusaha untuk membantu dalam usaha mengurangkan bebanan yang ditanggung pihak sekolah melalui sumbangan kelengkapan kesihatan.

Katanya, program itu turut mendapat kerjasama daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikelolakan sukarelawan tempatan.

“Semoga usaha NGO, Bidadari Selatan berterusan dalam memastikan penularan Covid-19 dapat diputuskan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program sumbangan pelitup muka dan alat tulis kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebaangsaan Bukit Naning, Sekolah Rendah Ayer Hitam Batu 18 dan Sekolah Rendah Parit No.5.

Dalam pada itu katanya, kelestarian budaya setempat terus disemarakkan melalui sumbangan peralatan muzik kepada institusi pendidikan di kawasan Bukit Naning.

Pada majlis sama, Ysahrudin turut menyerahkan set kompang dan jidur kepada pentadbiran SMK Bukit Naning sebagai bantuan bagi sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top