BM | EN | 中文

YOUTH HUB MBJB PENTAS ANAK MUDA INTERAKSI, CAMBAH IDEA

gmbr-fail-syeikh-omar.jpg

ISKANDAR PUTERI, 24 NOV: Youth Hub Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kini dalam fasa terakhir pembinaannya oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahaan dan Koperasi Johor, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali berkata pihak IRDA sentiasa memaklumkan tentang kemajuan projek dan berhubung langsung dengan pihaknya.

Katanya, ia bagi memastikan bahawa perancangan pengisian untuk Hab menepati perancangan kerajaan negeri dalam melaksanakan manifestasi dan agenda pemerkasaan golongan belia di negeri Johor.

Sheikh Umar berkata, melalui penyiapan Youth Hub Hutan Bandar MBJB ia dapat menzahirkan ‘sense of ownership’ (rasa kepunyaan) di kalangan belia di negeri ini.

“Ianya dilaksanakan dengan objektif untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai pemikiran progresif, berdaya maju dan mampu menjadi agen pengubah atau pemimpin agenda sosial, ekonomi dan kelestarian di kalangan masyarakat tempatan.

“Youth Hub Hutan Bandar MBJB merupakan ‘projek rintis’ dan akan menjadi platform untuk belia berinteraksi, berkumpul dan berkongsi pandangan dan pendapat dalam pembentukan agenda sosial dan ekonomi untuk belia.

“Ianya merupakan tumpuan golongan muda terutamanya belia di kawasan Iskandar Malaysia sebagai suatu kemudahan ‘onestop’ (sehenti) untuk golongan belia menjalankan aktiviti yang mana cetusan idea adalah datangnya daripada golongan belia,” katanya.

Sheikh Umar berkata demikian menjawab soalan Cheo Yee How (PH-Perling) berhubung rancangan kerajaan negeri dalam memastikan fungsi Youth Hub Hutan Bandar dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembangunan belia pada masa hadapan.

Tambah beliau, terdapat pelbagai kemudahan di Youth Hub Hutan Bandar MBJB antaranya prasarana sukan lasak, ruang membuat persembahan dan fasiliti untuk kegunaan dalaman.

Sheikh Umar yang juga Adun Paloh berkata, ia boleh digunakan bagi diadakan perbincangan, bengkel, latihan dan juga peluang untuk para belia menjalankan aktiviti perniagaan dan membangunkan sifat keusahawanan.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top