BM | EN | 中文

YKTLJ bantu 1,500 pejuang kanser sehingga hujung tahun lalu

aminolhuda13.jpg

Noor Azmi (kiri) mengiringi Aminolhuda pada Majlis Strives for Cancer Fighters (S4CF) sempena Hari Kanser Sedunia 2020 di sini, pagi tadi.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 FEB : Sehingga Disember 2019, seramai 1,500 pejuang kanser di Johor telah menerima manfaat dari Yayasan Kanser Tengku Laksamana Johor (YKTLJ) melalui pelbagai inisiatif dilaksanakan.

Pegarah Eksekutif YKTLJ, Noor Azmi Md Omar berkata, pelbagai bantuan dan perkhidmatan yang disalurkan seperti rawatan, bekalan ubat, bekalan susu, tambang kenderaan ke hospital serta menaiktaraf beberapa kemudahan onkologi di beberapa hospital.

“Disamping menyalurkan bantuan, YKTLJ turut menganjurkan lebih 100 program kesedaran kanser, bengkel dan juga lawatan ke rumah pejuang kanser,”katanya ketika berucap pada Majlis Strives for Cancer Fighters (S4CF) sempena Hari Kanser Sedunia 2020 di sini, pagi tadi.

Advertisement

Terdahulu, majlis berkenaan disempurnakan Exco Kesihatan, Pendidikan dan Sumber Manusia, Aminolhuda Hassan.

Noor Azmi berkata, walaupun Yayasan tersebut baru berusia empat tahun namun telah membelanjakan lebih RM7 juta bagi membantu orang ramai melawan kanser.

“YKTLJ juga menjalinkan kerjasamana dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dalam memberi bantuan pendidikan kepada anak-anak pejuang kanser dan juga Food Bank Ji Shan yang komited menyalurkan barang-barang keperluan harian melalui Home Visit ke sepuluh daerah di Johor,”katanya lagi.

Advertisement

Difahamkan, Home Visit merupakan salah satu signature program YKTLJ dengan kerjasama pejabat-pejabat daerah yang dijalankan setiap bulan bermula tahun 2016.

Berbeza dengan Home Visit yang terdahulu, Home Visit 2020 yang akan bermula pada 22 Februari ini bakal melibatkan lebih banyak pihak bagi meringankan beban pejuang kanser secara menyeluruh.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top