BM | EN | 中文

Yeo Bee Yin teruskan sumbangan ke beberapa masjid, surau sekitar parlimen Bakri

Yeo-Bee-Yin-teruskan-sumbangan-ke-beberapa-masjid-surau-sekitar-parlimen-Bakri.jpg
Advertisement

MUAR, 20 SEPT: Ahli parlimen Bakri, Yeo Bee Yin meneruskan usahanya mengagihkan bakul makanan, melalui program edaran bantuan kepada ahli jawatankuasa surau dan masjid di sekitar kawasan parlimen ini.

Menurutnya, program ziarah masjid, surau dan agihan bakul makanan kali ini melibatkan empat buah masjid dan surau.

“Sumbangan bakul makanan yang disampaikan kepada penduduk setempat dengan bantuan ahli-ahli jawatankuasa masjid dan surau di Parlimen Bakri.

Advertisement

“Ribuan terima kasih kepada semua termasuk mantan ketua kampung, Tok Fauzi yang memberi kerjasama,” kata Bee Yin dalam satu kenyataan ringkas.

Antara masjid dan surau yang terlibat ialah Masjid Jamek Kampung Kelantan, Surau Kampung Sri Amar Diraja, Surau Al Kudus, Lorong Perkasa dan Surau Perumahan PDRM Muar.

Terdahulu, beliau turut mengagihkan bakul makanan kepada 50 orang anggota SWM yang bertugas di sekitar kawasan Bakri.

Advertisement

Adun Bentayan, Ng Yak Howe dan Adun Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni menyampaikan sumbangan kepada petugas SWM.

Turut membantu dalam usaha tersebut adalah Adun Bentayan, Ng Yak Howe dan Adun Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni yang turut meluangkan masa dan menyampaikan sumbangan kepada penerima.

“Tidak ketinggalan, penghargaan kepada Penyelia SWM untuk kawasan Bakri, Encik Helmi yang turut memberi kerjasama.

“Sumbangan yang tidak seberapa ini merupakan tanda penghargaan kami terhadap usaha pihak SWM yang sentiasa memastikan kebersihan sentiasa terjaga walaupun dalam musim pandemik.

Advertisement

“Anda semua adalah wira kami,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top