YAZIT SEARCH KEMBALI KE RAHMATULLAH

YAZIT SEARCH KEMBALI KE RAHMATULLAH

JOHOR BAHRU, 26 SEPT: Bekas pemain drum kumpulan Search, Yazit Ahmad, meninggal dunia jam 11.53 pagi tadi. Beliau berumur 57 tahun.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan diwadkan di Hospital Kuala Lumpur selepas mengadu sesak nafas di rumahnya, Taman Melati, Kuala Lumpur, kelmarin.

Yazit menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi ahli keluarga dan sahabat handai selepas mesin bantuan pernafasan ditanggalkan pada jam 11.46 pagi tadi oleh doktor yang merawatnya, menurut adik angkat beliau, Ashaari Mohd Nasir.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudathul Sakinah, Taman Selasih selepas solat Asar tadi.

“Sejak semalam, ramai rakan artis termasuk ahli Kumpulan Search, Kid dan Din hadir untuk menziarahi Allahyarham,” Ashaari dipetik sebagai berkata.

Allahyarham Yazit meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurlis, 29.


Johorkini

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )