BM | EN | 中文

Yayasan Warisan Anak Selangor sedia tubuh lebih banyak pusat pendidikan anak istimewa

Yayasan-Warisan-Anak-Selangor-YAWAS.png
Advertisement

SHAH ALAM, 13 SEPT: Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) bersedia menambah lokasi dan memperluaskan pengambilan kategori peserta Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anak Istimewa Selangor (Pusat Anis).

Pengurus Besar Yawas, Gan Pei Nei berkata pihaknya akan melihat terlebih dahulu keberkesanan pelaksanaan projek perintis di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini yang beroperasi mulai 7 September lalu.

Gan berkata sebagai permulaan program itu terhad kepada kanak-kanak istimewa kategori satu dan dua dengan sasaran pengambilan 48 peserta menjelang penghujung tahun.

Advertisement

“Selain peruntukan kita juga perlu buat pertimbangan sama ada tenaga pengajar mencukupi, mereka perlu menerima latihan menerusi program Genius Kurnia di bawah Kementerian Pendidikan.

“Sekiranya lancar kita mungkin boleh perkenalkan di tempat lain dan terima peserta kategori tiga yang memerlukan tumpuan kerana lebih agresif,” katanya, lapor SelangorKini.

Pada 21 Ogos, kerajaan Selangor menubuhkan pusat sokongan pendidikan untuk kanak-kanak istimewa dalam lingkungan usia dua hingga enam tahun di negeri ini.

Advertisement

Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata perkhidmatan Pusat Anis meliputi saringan, pengesanan awal dan intervensi.

Pendaftaran masih dibuka sehingga Oktober dengan ibu bapa perlu mendaftar serta mengisi borang di www.anisselangor.com/intervensianis dan menyediakan dokumen diperlukan.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top