BM | EN | 中文

Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima 1,200 sumbangan beras daripada JCFA

Yayasan-Sultan-Ibrahim-Johor-terima-1200-sumbangan-beras-daripada-JCFA.jpg

Gambar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 FEB: Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menerima sumbangan 1,200 kampit beras daripada Persatuan Bola Sepak Cina Negeri Johor (JCFA) bagi membantu golongan yang memerlukan di negeri ini.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi baginda, sumbangan disampaikan Penasihat JCFA, Datuk Ng See Bu serta Pengerusi JCFA, Datuk Mark Kuang Chia Chun kepada wakil DYMM Sultan Johor, Yang Berhormat Mejar Cina Datuk David Wong 9 Februari lalu.

Mark berkata, pihaknya tertarik melihat keprihatinan DYMM Sultan Johor dalam membantu rakyat dengan mengurniakan sumbangan barangan keperluan makanan menerusi YSIJ di setiap daerah secara berterusan.

Advertisement

“JCFA turut ingin bersama membantu rakyat memerlukan, oleh demikian kami menghulurkan sumbangan beras kepada YSIJ yang membantu rakyat dalam kesusahan tanpa mengira kaum dan bangsa.

‘Kami berjaya mengumpul 1,600 pek beras dalam masa tiga hari dengan bantuan ahli Persatuan dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,200 pek disumbangkan kepada YSIJ,” katanya.

Tambahnya, kurniaan barangan keperluan makanan itu akan disampaikan kepada rakyat yang memerlukan tanpa mengira agama dan bangsa sejak April tahun lepas, bagi meringankan beban mereka khususnya yang terjejas pendapatan akibat penularan wabak COVID-19.

Advertisement

Belau turut sumbangan yang disampaikan itu akan menjadi galakan kepada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain untuk menyumbang kepada masyarakat atas dasar tanggungjawab sosial.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top