BM | EN | 中文

Yayasan Sultan Ibrahim Johor sumbang 16,031 kotak barangan keperluan sejak April 2020

ysij.png

Tangkap layar Ehsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 FEB: Sebanyak 16,031 kotak barangan keperluan makanan disampaikan kepada golongan memerlukan di negeri ini menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) semenjak 28 April 2020.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini, Baginda amat menitikberatkan kebajikan rakyat, ketika ramai yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Tanpa mengira agama dan bangsa, bantuan disampaikan di pelbagai kawasan penempatan bagi meringankan beban rakyat.

Advertisement

“Sehingga kini, kurniaan barangan keperluan makanan disampaikan secara berterusan kepada penerima,” menurut kenyataan itu.

Turut dimuatnaik sebuah video memaparkan rakyat berbilang bangsa di negeri ini yang menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada baginda di atas kurniaan barangan keperluan makanan kepada rakyat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top