BM | EN | 中文

Yayasan Sultan Ibrahim Johor serah 710 khemah lipat untuk daerah Kluang

Yayasan-Sultan-Ibrahim-Johor-serah-710-khemah-lipat-untuk-daerah-Kluang.jpg

Gambar Ehsan Komuniti Johor

Advertisement

KLUANG, 1 OKT: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kluang semalam menerima 710 khemah lipat daripada Yayasan Sultan Ibrahim sebagai persediaan untuk menghadapi bencana banjir di daerah ini.

Pengerusinya Jamaludin A Hamid berkata antara lokasi hotspot yang dikenal pasti sering berlaku kejadian banjir di daerah berkenaan apabila tiba musim hujan adalah di Mukim Kluang, Ulu Benut, Machap dan Kahang.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Kluang berkata pemberian khemah yang merupakan kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar itu akan diagihkan kepada agensi kebajikan dan juga penghulu-penghulu mukim terbabit.

Advertisement

“Kurniaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor melalui Yayasan Sultan Ibrahim merupakan inisiatif baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta bagi membuat persiapan menghadapi bencana di Kluang.

“Menjunjung Setinggi-tinggi Kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor atas kurniaan itu,” katanya ketika ditemui di perkarangan Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini, semalam.

Jamaludin berkata bagi penduduk yang tinggal di kawasan yang berisiko terutamanya yang tinggal berhampiran sungai, mereka diminta supaya berhati-hati dengan tidak melakukan aktiviti berisiko seperti memancing dan mandi manda semasa banjir.

Advertisement

Beliau juga meminta ibu bapa dan penjaga masing-masing supaya memantau pergerakan anak-anak masing-masing yang ketika ini sepatutnya menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top