BM | EN | 中文

Yayasan Sultan Ibrahim Johor biaya baikpulih 13 kediaman mangsa ribut Tanjung Sedili

yayasan-sultan-ibrahim-johor-YSIJ.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 JUL: Kos baik pulih sebanyak 13 kediaman penduduk yang terjejas teruk akibat ribut di Tanjung Sedili, dekat Kota Tinggi, Jumaat lepas, akan dibiayai oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, menerusi Facebook rasmi baginda, telah menitahkan agar kerja-kerja pembaikan membabitkan 13 kediaman itu dimulakan segera.

“Saya telah menitahkan 13 rumah yang terjejas teruk ketika ini segera dimulakan kerja-kerja pembaikan supaya kelak penduduk dapat pulang ke kediaman masing-masing,” titah baginda.

Advertisement

Sultan Ibrahim turut menitahkan supaya Mejar Cina Datuk David Wong untuk mendapatkan makiumat terperinci daripada Pegawai Daerah Kota Tinggi Hazlina Jalil berhubung jumlah keseluruhan kediaman yang terjejas teruk.

Sementara itu, Wong menerusi hantaran itu berkata kerja-kerja pembaikan akan dimulakan segera membabitkan kediaman yang terjejas teruk ketika ini.

“Dari semasa ke semasa, saya akan mendapatkan makiumat daripada Pegawai Daerah (Kota Tinggi) berhubung kediaman lain yang turut terjejas, termasuk kerosakan kecil,” katanya.

Advertisement

Awal pagi semalam baginda turut berkenan mengemudi sendiri bot laju dari daerah Mersing ke Jeti Awam Sedili Besar sebelum berangkat melawat kawasan perkampungan serta kediaman penduduk yang terjejas akibat bencana alam itu dan turut menyampaikan sumbangan peribadi.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top