BM | EN | 中文

Yayasan Selangor tawar biasiswa untuk pelajar Tingkatan 1

amirudin-shari-122020-biasiswa-yayasan-selangor.jpg

Gambar Ehsan amirudinshari.com

Advertisement

SHAH ALAM, 2 DIS: Yayasan Selangor menawarkan biasiswa kepada 420 orang pelajar tingkatan satu untuk tahun hadapan, menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Katanya, biasiswa sebanyak RM700 sehingga RM1,000 setahun ditawarkan untuk anak-anak Selangor yang bakal memasuki tingkatan 1 pada tahun hadapan.

“Program kerajaan negeri ini akan memanfaatkan 420 anak-anak bijaksana Selangor yang tertakluk kepada kelayakan dan kriteria digariskan.

Advertisement

“Selain daripada biasiswa yang dibayar dua kali setahun, program ini turut menyediakan bantuan kelas tambahan dan program jati diri bagi menyediakan pelajar agar lebih berketrampilan dan yakin mengharungi cabaran masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru itu katanya, warga Selangor yang berminat boleh hantar permohonan dalam talian di www.yayasanselangor.org.my atau hantar borang secara manual kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top