BM | EN | 中文

Yayasan Selangor tangguh bayaran semula pinjaman, pelajar lega

yayasan-Selangor-YS.png
Advertisement

SHAH ALAM, 10 JUN: Pengumuman penangguhan bayaran balik pinjaman tajaan Yayasan Selangor memberi kelegaan kepada mahasiswa.

Seorang peminjam, Siti Aisyah Mohd Shah, 24, merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Selangor kerana prihatin terhadap golongan mahasiswa.

“Terima kasih Kerajaan Selangor, keputusan menangguhkan bayaran pinjaman ini beri peluang kepada saya untuk membelanjakan duit tersebut bagi keperluan lain,” kata pelajar Universiti Malaya itu, lapor SelangorKini.

Advertisement

Pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman, Brennen Joseph Maria, 24, pula berkata penangguhan itu memberi peluang untuk beliau dan rakan yang lain mendapat pekerjaan terlebih dahulu.

“Saya bimbang jika gagal mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian nanti kerana ketika ini lebih banyak syarikat buang pekerja berbanding menawarkan pekerjaan,” katanya.

Pelajar Universiti Selangor, Nurzahirah Abdul Rasid, 25, berkata penangguhan itu memberi ruang dan masa untuk mendapat pekerjaan tanpa risau mengenai hutang pengajian.

Advertisement

“Penangguhan ini sedikit sebanyak memberi kami ruang dan masa untuk terus berusaha mendapat pekerjaan,” katanya.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan penangguhan pembayaran balik kepada 286 pelajar tajaan Yayasan Selangor yang menamatkan pelajaran pada tahun ini kepada bulan Januari 2022.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top