BM | EN | 中文

Yayasan Sejahtera Kulai peruntuk RM60,000 untuk bantuan bantuan ‘Back To School’

sejahtera-kulai.jpg

Jimmy bergambar bersama penerima sumbangan pada program "Back To School" anjuran Yayasan Sejahtera Kulai

Advertisement

KULAI, 27 DIS : Yayasan Sejahtera Kulai menyerahkan baucer dan kelengkapan sekolah bernilai RM200 kepada 300 penerima yang terdiri daripada anak-anak golongan sasar dalam majlis yang berlangsung di Dewan Raya Kampung Melayu, di sini, kelmarin.

Pengerusinya, Jimmy Puah Wee Tse berkata, bantuan berkenaan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM60,000 menerusi program ‘Back To School’.

“Bantuan yang diberikan adalah berbentuk baucer pasaraya Mydin bernilai RM100 dan peralatan sekolah bernilai RM100. Ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM60,000,” katanya kepada JohorKini.

Advertisement

Jimmy yang juga Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri berkata, bantuan yang dihulurkan pihak yayasan pada setiap tahun ini diharap dapat meringankan beban golongan yang memerlukan.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa dan memberi motivasi buat anak-anak untuk menghadapi sesi persekolahan 2020 yang bakal membuka tirai tidak lama lagi,” katanya yang juga ADUN Bukit Batu.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top