BM | EN | 中文

YAYASAN RAJA ZARITH SOFIAH NEGERI JOHOR RANCANG PERLUAS KOLABORASI

IMG-20191211-WA0048.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 DIS: Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor merancang untuk memperluas kolaborasinya dengan pemain industri dengan melibatkan sekolah serta institusi pengajian tinggi.

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah baru-baru ni mempengerusikan mesyuarat Yayasan tersebut yang diadakan di Istana Bukit Serene, di sini.

Menurut satu status yang dimuatnaik di Facebook rasmi The Royal Johor, antara isu yang dibincangkan termasuklah keperluan yayasan untuk mempunyai cara-cara yang lebih kuat dan mampan untuk membantu pelajar.

Advertisement

Mesyuarat tersebut turut membincangkan tentang cara yang lebih mudah dan jelas untuk pelajar-pelajar ini berhubung terus bersama yayasan.

Baginda Permaisuri Johor bertitah yayasan itu haruslah mewakili semua komuniti bangsa di negara ini, dimana pada waktu yang sama sentiasa mendengar masalah sosial dan kewangan yang dihadapi pelajar.

“Ini terutamanya mereka yang tergolong dibawah kumpulan B40 daripada guru-guru dan pelajar-pelajar sendiri.

Advertisement

“Saya berasa adalah menjadi keperluan untuk lebih mendengar daripada membuat keputusan secara “top-down”. Terdapat ramai pelajar bijak yang berkemungkinan tidak mempunyai peluang untuk merealisasikan impian mereka dan ini adalah tidak adil.

“Semoga tahun 2020 menjadi tahun yang membolehkan kita membawa kelainan kepada kehidupan penerima dan keluarga mereka,” titahnya.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut termasuklah Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani dan Ketua Pegawai Eksekutif baru yayasan itu, Hishamuddin Abdul Rahim.

Advertisement

Turut dijemput pada mesyuarat tersebut termasuklah Sachin Banot dan Dr Ahmad Helmi Azhar yang merupakan graduan daripada Universiti Oxford, serta seorang penerima Inisiatif Bantuan Kewangan Pendidikan Zarith Sofiah (ZSIEFA), Hajar Nur Asyiqin Abdul Zubir.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top