BM | EN | 中文

Yayasan Raja Zarith Sofiah Johor sumbang PPE kepada empat hospital

Yayasan-Raja-Zarith-Sofiah-negeri-Johor-YRZSNJ.jpg

Gambar Ehsan FB The Royal Johor

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 APR: Yayasan Raja Zarith Sofiah negeri Johor (YRZSNJ) menyumbangkan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada empat hospital di Johor untuk kegunaan petugas-petugas barisan hadapan menangani wabak COVID-19.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan YRZSNJ semalam, sebanyak 1,050 unit PPE berjumlah RM150,000 telah disampaikan kepada hospital-hospital berkenaan.

Empat hospital tersebut ialah Hospital Sultanah Aminah sebanyak 400 unit, Hospital Sultan Ismail (250 unit), Hospital Permai (150 unit) di Johor Bahru, manakala Hospital Kluang menerima 250 unit PPE.

Advertisement

Dana itu merupakan sebahagian daripada sumbangan RM1 juta yang diterima YRZSNJ minggu lalu daripada Yayasan Amal Ng Teng Fong (Ng Teng Fong Charitable Foundation – NTFCF) di Singapura, bagi membantu Malaysia membendung penularan wabak berkenaan.

“Bantuan-bantuan lain akan disalurkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan bagi membantu pasukan petugas barisan hadapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif YRZSNJ, Hishamuddin Abdul Rahim.

Terdahulu sebelum ini, DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah bertitah, sebahagian besar sumbangan itu berperanan penting untuk digunakan bagi memperoleh segala keperluan perlindungan bagi petugas perubatan barisan hadapan dan mesin perubatan bagi hospital di seluruh Malaysia.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top