BM | EN | 中文

Yayasan Raja Muda Selangor anjur projek ‘Help-U’, ringankan beban pelajar terkandas akibat PKPB

Yayasan-Raja-Muda-Selangor-Help-U-1.jpg

Gambar Yayasan Raja Muda Selangor

Advertisement

SHAH ALAM, 22 NOV: Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) menganjur projek ‘Help-U’ bagi meringankan perbelanjaan makanan pelajar yang terkandas di kampus akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Gambar Ehsan Yayasan Raja Muda Selangor

Yayasan berkata fasa pertama projek bersama Selangor Youth Community (SAY) dilaksanakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) membabitkan 1,900 pelajar.

“Bantuan ‘Help-U’ terus disalurkan kepada Wakaf dan Zakat UPM (Wazan) serta Bank Makanan Siswa UiTM yang bertanggungjawab untuk menerima dan mengagihkan bantuan kepada pelajar buat masa kini.

Advertisement

“Sebanyak 1,500 barangan makanan pelbagai seperti mi segera, kopi dan aneka biskut diserahkan kepada dua pihak tersebut.

“Pihak kami berharap dengan mewujudkan projek “Help-U” ini dapat mengurangkan beban pelajar-pelajar dan dapat menaikkan kesedaran terhadap masyarakat agar sering memberi bantuan kepada satu sama lain,” menurut kenyataan YRMS.

Tambahnya, ada sebilangan pelajar yang tidak dapat pulang ke kampung halaman terutama di kawasan zon merah dan ada segelintir mereka terpaksa menetap di kampus untuk menggunakan perkhidmatan internet bagi menjalankan tugasan serta mengikuti kelas dalam talian.

Advertisement

“Tidak dinafikan pelajar yang tinggal di kampus memerlukan wang perbelanjaan tambahan untuk menampung makanan harian mereka,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top