BM | EN | 中文

YAYASAN PRIHATIN KLUANG BANTU 400 PENERIMA SEMPENA DEEPAVALI 2019

sheikh-umar-yayasan-prihatin-kluang.jpg
Advertisement

KLUANG, 28 OKT: Seramai 400 masyarakat India di kawasan Parlimen Kluang dan Parlimen Sembrong menerima sumbangan sempena program Sentuhan Kasih Deepavali 2019 yang dianjurkan Yayasan Prihatin Kluang.

Pengerusi Yayasan Prihatin Kluang, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, para penerima terdiri dari kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 yang telah dikenalpasti.

“Sumbangan yang diberikan ini adalah sebagai tanda prihatin dari pihak kami yang diharapkan dapat membawa keceriaan terutamanya untuk mereka menyambut perayaan Deepavali pada tahun ini,” katanya

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program tersebut 26 Oktober lalu di Dewan Serbaguna Kg Paya, Kluang.

Sheikh Umar yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor berharap sumbangan tersebut dapat membantu meringankan beban mereka yang menyambut perayaan berkenaan.

“Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pertubuhan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan Negeri Johor (JASMINE Johor) kerana sudi bekerjasama dengan pihak yayasan untuk membantu mereka yang memerlukan sempena Deepavali.

Advertisement

“Saya sendiri dapat menunaikan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat DUN Paloh untuk membantu meringankan beban golongan B40 yang ada dalam kawasan saya khususnya ketika menghampiri musim perayaan,” kata Sheikh Umar yang juga Adun Paloh.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top