BM | EN | 中文

Yayasan Petronas sumbang peranti kepada 414 pelajar Johor

yayasan-petronas.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 JUL: Seramai 414 pelajar sekolah menengah di negeri ini menerima alat peranti digital yang dilengkapi sambungan data internet bernilai Iebih RM1 juta sumbangan Yayasan Petronas bagi memudahkan akses menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengurus Besar Petronas Wilayah Selatan Sazli Zakaria berkata sumbangan itu merupakan komitmen Petronas terhadap ‘Cerdik’ iaitu inisiatif tanggungjawab sosial korporat oleh syarikat berkaitan kerajaan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah menyesuaikan diri dengan norma baharu pembelajaran dalam talian.

“Melalui Cerdik, kami mahu menyediakan kemudahan akses yang efisien bagi mendapatkan pendidikan berkualiti selain merapatkan jurang digital pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan serta luar bandar.

Advertisement

“Sennoga mereka tidak lagi ketinggalan dalam mengejar kecemerlangan akademik terutama sewaktu pelaksanaan sekatan pergerakan dan sistem pembelajaran PdPR berikutan pandemik COVID-19 ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata kesemua peranti yang dilengkapi dengan perkhidmatan data percuma, penyelenggaraan, sokongan teknikal dan jaminan bagi menyokong keperluan pelajar untuk tempoh akademik tiga tahun itu telah diedarkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah ke tiga sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kota Tinggi, SMK Simpang Renggam dan SMK Seri Lalang.

Pengetua SMK Bandar Kota Tinggi Khairuddin Mustapha dalam kenyataan sama memaklumkan pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih kerana memilih sekolah tersebut dan mengharapkan dengan bantuan itu dapat membantu dan mengurangkan beban sebahagian besar golongan B40 di sekolah berkenaan terutamanya pelajar tingkatan tiga.

Advertisement

Sementara itu, pelajar tingkatan tiga SMK Bandar Kota Tinggi Fatin Fatihah Fadzillah turut menzahirkan penghargaannya selepas menerima alat peranti itu kerana tidak lagi perlu berkongsi (peranti digital) dengan adiknya.

“Sekarang saya ada (peranti digital) sendiri. Tiada lagi ketinggalan kelas dan boleh fokus,’ katanya.

Untuk rekod, sejak Mei tahun ini, Yayasan Petronas telah mengedarkan 12,000 unit peranti digital dengan peranti sokongan berjumlah RM30 juta kepada 81 sekolah di 69 daerah di seluruh negara dengan mengutamakan sekolah majoriti pelajar daripada isi rumah kurang berkemampuan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top