JOHOR BAHRU, 5 OKT: Yayasan Penyayang Iskandar Puteri menawarkan bantuan melanjutkan pelajaran bagi kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Khusus untuk komuniti di dalam kawasan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), pemohon hendaklah terdiri daripada keluarga asnaf dan B40.
Menurut kiriman di laman Facebook Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad, bantuan ini adalah terbuka kepada pelajar kemasukan semester pertama program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Yayasan Penyayang Iskandar Puteri bertempat di Jalan Sentral 2, Taman Nusa Sentral, di sini.
Pendaftaran dibuka sehingga 31 Oktober, dan untuk pertanyaan lanjut, pemohon boleh hubungi 07- 5964788
Johorkini