BM | EN | 中文

YAYASAN PENYAYANG ISKANDAR PUTERI BANTU KELENGKAPAN SEKOLAH 1,240 PELAJAR

tan-hong-pin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU 4 DIS: Seramai 1,240 pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan menerima sumbangan bantuan awal persekolahan daripada Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.

Adun Skudai, Tan Hong Pin memberitahu, sesi penyerahan bantuan itu dibuat dalam dua sesi, hari ini dan 22 November lalu.

“Setiap pelajar terlibat menerima sumbangan RM100 bagi membeli kelengkapan persekolahan sebelum sesi baharu dibuka.

Advertisement

“Sumbangan ini diharap dapat membantu golongan asnaf yang terdiri daripada ibu tunggal dan keluarga kurang berkemampuan,” katanya yang juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.

Zahriah Zainal

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan itu disempurnakan di pasar raya Mydin Mutiara Rini, di sini hari ini.

Sementara itu, salah seorang penerima, Zahriah Zainal, 35, memberitahu dia amat berterima kasih dengan sumbangan diberi.

Advertisement

Fazilah Mansur

“Syukur Alhamdulillah, sumbangan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan dalam membeli kelengkapan sekolah anak saya,” ujarnya.

Seorang lagi penerima, Fazilah Mansur turut berharap program seperti itu akan diterus dan diperluas lagi di masa depan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top