BM | EN | 中文

Yayasan Keluarga Malaysia perlu beri keutamaan kesihatan mental, perlindungan kanak-kanak

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.png
Advertisement

MUAR, 25 OKT: Yayasan Keluarga Malaysia dicadangkan memberi keutamaan kepada kesihatan mental dan perlindungan kanak-kanak di negara ini.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Nor Hayati Bachok, berkata selain aspek pendidikan, pemulihan mental kanak-kanak juga perlu diberi perhatian oleh kerajaan.

Katanya, ini sebagai langkah bagi memastikan kanak-kanak dari trauma dan tekanan selepas kehilangan ibu bapa mereka akibat Covid-19.

Advertisement

“Pendidikan merupakan faktor utama dalam membangunkan kanak-kanak tapi jangan kita terlepas pandang terhadap kesihatan mental mereka yang terpaksa berhadapan dengan cabaran ketika usia yang masih mentah.

“Selain mengutamakan pendidikan, yayasan ini perlu juga menerapkan pemulihan mental kanak-kanak dengan memberi mereka semangat dan motivasi selepas mereka kehilangan orang yang tersayang.

“Ia juga harus memastikan perlindungan kepada mereka agar terhindar daripada penderaan mahupun pengabaian.

Advertisement

“Dorongan dari tenaga pengajar dan penjaga penting bagi kanak-kanak ini tidak merasakan diri mereka keseorangan selepas mereka menjadi anak yatim di usia awal mereka.

“Kerajaan perlu memandang serius perkara ini dan pembabitan pelbagai tenaga pakar perlu untuk memberi sentuhan secara serius terhadap pendidikan, perlindungan dan pemulihan mental kanak-kanak ini,” katanya ketika dihubungi.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini melancarkan Yayasan Keluarga Malaysia bertujuan membantu anak-anak yang terkena dampak Covid-19, terutama dengan pendidikan mereka.

Advertisement

Yayasan itu akan memberikan bantuan sehingga anak-anak itu berusia 18 tahun, walaupun tidak ada perincian lanjut atau peruntukan spesifik disebutkan semasa pengumuman Ismail.

Dalam ucapannya sebelum mengumumkan yayasan itu, Perdana Menteri menceritakan bagaimana 5,173 anak kehilangan salah seorang atau kedua-dua orang tua mereka akibat Covid-19.

Katanya, semua rakyat Malaysia harus menjaga anak-anak yatim ini agar mereka dapat menjalani kehidupan yang normal.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top