BM | EN | 中文

Yayasan JCorp tawar bantuan kewangan awal untuk pelajar B40 lanjut pendidikan

Yaysan-Johor-Corporation.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 JUL: Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp) telah memperkenalkan inisiatif Bantuan Awal Pendidikan dalam usaha membela nasib pelajar khususnya golongan berpendapatan rendah (B40), terutamanya mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19,

Inisiatif tersebut diperkenalkan bagi membantu mengurangkan bebanan perbelanjaan ibu bapa serta penjaga terhadap tanggungan semasa pendaftaran anak mereka ke institusi pengajian tinggi (IPT) sementara menunggu pinjaman pendidikan dan biasiswa yang diluluskan.

“Bantuan ini terbuka kepada pelajar warganegara Malaysia yang bakal melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil dan Diploma serta Sarjana Muda dan Sarjana (Master) di IPT sepenuh masa dengan masing-masing layak menerima sebanyak RM700 dan RM1,000 setiap seorang.

Advertisement

“Bantuan awal pendidikan ini diberikan berdasarkan syarat kelayakan pendapatan bulanan isi rumah,” kata Pengerusi Yayasan JCorp, Rozaini Mohd Sani,

Menurutnya setiap permohonan bantuan awal pendidikan yang diterima akan melalui proses saringan oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan.

“Kami berharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ibu bapa serta keluarga pelajar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 untuk membiayai kos permulaan anak mereka ke universiti,” tambah beliau.

Advertisement

Kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Pendidikan Yayasan JCorp ini, boleh melayari laman web Yayasan JCorp di pautan www.yayasanjcorp.com.my.

Permohonan atas talian juga boleh dibuat melalui Facebook Page Yayasan JCorp https://www.facebook.com/yayasanjohorcorporation/.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top