BM | EN | 中文

Yayasan Islam Darul Ehsan sumbang wang tunai, barangan keperluan buat mangsa kebakaran

Yide-sumbang-wang-tunai-barang-keperluan-kepada-mangsa-kebakaran.jpg

Kakitangan Pusat Dialisis Mais bawah seliaan Yide cawangan Sungai Besar menyampaikan sumbangan segera kepada keluarga mangsa di Kampung Tengah Parit 10 Pasir Panjang, Sekinchan, baru-baru ini (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 3 OKT: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyantuni keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tengah Parit 10 Pasir Panjang, Sekinchan Khamis lalu.

Agensi tersebut memaklumkan pihaknya menghulurkan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan kepada keluarga berkenaan.

“Selaku anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Yide bertanggungjawab menyampaikan sumbangan segera kepada mangsa musibah dan bencana alam,” menurut agensi itu, lapor SelangorKini.

Advertisement

Yide mengalu-alukan orang ramai memberi maklumat berkaitan kejadian seperti itu dengan menghubungi eksekutif kebajikannya menerusi talian 017-7569476.

Pada 28 September enam sekeluarga cedera selepas kediaman mereka hangus dijilat api dalam kebakaran pada jam 3 pagi.

Kejadian kebakaran itu menyebabkan keseluruhan rumah musnah.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top