BM | EN | 中文

Yayasan Islam Darul Ehsan serah sumbangan kepada lebih 7,000 anak yatim

Yayasan-Islam-Darul-Ehsan-serah-sumbangan-kepada-lebih-7000-anak-yatim.jpg

Penolong Pengurus Seksyen Perancangan Strategik Yide Muhammad Hafiz Bahari membantu anak yatim mencuba baju Raya di gedung tekstil Jakel, Shah Alam pada 2 Mei 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 3 MEI: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) mengagihkan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM775,800 kepada 7,758 anak yatim di sembilan daerah di Selangor tahun ini.

Penolong pengurus seksyen perancangan strategik Yide, Muhammad Hafiz Bahari, bantuan RM100 setiap seorang disalur terus ke akaun bank anak yatim secara berperingkat bermula awal Ramadan.

“Setiap tahun, Yide memberikan sumbangan kepada semua anak yatim tetapi program tahunan penyerahan bersama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah kali ini dibatalkan.

Advertisement

Penolong Pengurus Seksyen Perancangan Strategik Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Muhammad Hafiz Bahari bercakap kepada Media Selangor selepas program pembelian baju raya bersama anak yatim di Jakel, Shah Alam pada 2 Mei 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Ia mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 yang masih belum dapat dibendung sepenuhnya selain mengelak jangkitan wabak,” kata Muhammad Hafiz.

Beliau ditemui pada program Mahabbah Aidilfitri KDEB Waste Management (KDEBWM) dan Yide di gedung tekstil Jakel, Seksyen 7 di sini semalam.

Advertisement

Menerusi program berkenaan, seramai 94 anak yatim dan asnaf dari tiga pusat jagaan berdaftar di bawah Yide diberi peluang memilih sendiri baju raya sebagai persediaan menyambut lebaran.

Terdahulu, Hafiz dilaporkan SelangorKini berkata, pihaknya berterima kasih atas jalinan kerjasama syarikat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam berkenaan selain berharap dapat diteruskan pada tahun akan datang.

“Sebelum ini, KDEBWM pernah menaja program tahunan anak yatim pada Ramadan melalui sumbangan tunai untuk diserahkan kepada golongan terlibat.

Advertisement

“Bagaimanapun, tahun ini menukar platform dalam bentuk penyerahan pakaian raya kerana mungkin ia lebih sinonim yang boleh memberi lebih kegembiraan kepada anak yatim dan asnaf,” katanya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top