BM | EN | 中文

Yayasan Islam Darul Ehsan agih alatan sekolah kepada 588 anak yatim

Yayasan-Islam-Darul-Ehsan.png

Gambar Ehsan Yayasan Islam Darul Ehsan

Advertisement

SHAH ALAM, 14 JAN: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menghulur bantuan set kelengkapan sekolah kepada 588 anak yatim untuk memulakan sesi pembelajaran tahun ini.

Pengurus besarnya, Nur Mohd Razali Abdullah berkata sumbangan itu turut mendapat tajaan kilang gula Central Sugars Refinery (CSR) Sdn Bhd.

“Ini merupakan program tahunan Yide agihkan barangan persekolahan kepada 17 rumah anak yatim kita.

Advertisement

“Kita berharap sumbangan ini dapat menyuntik semangat anak yatim untuk lebih bersungguh dan berjaya pada masa hadapan,” katanya, lapor SelangorKini.

Menurutnya alat kelengkapan sekolah diberi merangkumi set pakaian dan seluar, kasut, stoking, tudung, beg dan alat tulis.

“Terima kasih kepada CSR Sdn Bhd dan semua penyumbang. InsyaAllah selepas ini, kita juga akan mengadakan program tajaan komputer riba kepada anak yatim yang akan menyambung pengajian ke peringkat institusi,” tambahnya.

Advertisement

Majlis agihan sumbangan diadakan secara ringkas pada 12 Januari lalu di Rumah Pertubuhan Kebajikan Ehsan As Shakur dan Rumah Kebajikan Anak Yatim Damai Kuang.

Yide diwakili oleh Ahli Pemegang Amanah Mohd Salim Sain dan Nur Mohd Razali.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranan Yide boleh berhubung terus ke Ibu Pejabat di talian +603 – 5510 3931, email ke publisiti@yide.com.my atau layari : www.yide.com.my.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top