BM | EN | 中文

Yayasan Hijrah Selangor rancang tubuh bank pembangunan keusahawanan

Yayasan-Hijrah-Selangor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 22 SEPT: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) sedang dalam perancangan menubuhkan sebuah bank pembangunan keusahawanan.

Pengarah Eksekutif Hijrah, Datuk Sri Mohamad Suparadi Md Noor berkata idea menubuhkan bank berkenaan adalah cetusan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan pihaknya sedang berusaha merealisasikannya.

“Saya diberi amanat merangka satu gerakan untuk tujuan tersebut di Selangor di mana Hijrah sebahagian institusi perbankan.

Advertisement

“Kita masih dalam rangka perbincangan. Itu adalah matlamat dan cita-cita Dato’ Menteri Besar,” kata Mohamad Suparadi, lapor SelangorKini.

Beliau berkata menerusi bual bicara Usahawan Hijrah: Bangkit depani Covid-19 yang disiarkan di Media Selangor semalam.

Pada 29 Mac, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) berjaya melahirkan seramai 57,211 usahawan sejak ditubuhkan enam tahun lepas.

Advertisement

Katanya, mereka menerima manfaat Skim Pembiayaan Mikro Kredit, Skim Pembiayaan Zero to Hero, Skim Pembiayaan Go Digital dan Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) melibatkan dana sejumlah RM554,540,500.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top