BM | EN | 中文

Yayasan Hijrah Selangor lanjut tempoh bayaran balik pinjaman sehingga lima tahun

Yayasan-Hijrah-Selangor.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 8 SEPT: Tempoh bayaran balik pinjaman Yayasan Hijrah Selangor (Yayasan Hijrah) dipanjangkan sehingga lima tahun berbanding enam bulan hingga tiga tahun sebelum ini.

Pegawai Promosinya Mohd Ridhwan Asmara berkata inisiatif itu mengelak usahawan terbeban dengan membuat pembiayaan semula pinjaman pada kadar lebih rendah daripada kebiasaan.

“Sebab itu penting untuk memanjangkan tempoh tersebut supaya jumlah bayaran dapat dikurangkan.

Advertisement

“Misalnya, sebelum ini usahawan membuat pinjaman RM5,000 dan secara konsisten membayar RM120 seminggu. Dengan lanjutan tempoh ini bayaran balik pinjaman mungkin boleh jadi serendah RM35,” katanya, lapor Selangorkini.

Hijrah yang ditubuhkan enam tahun lalu bertujuan mengeluarkan modal mudah, cepat dan tidak membebankan peniaga kecil yang sering menghadapi isu kekangan modal.

Pada awal penubuhannya, Kerajaan Negeri melaksanakan Skim Mikro Kredit dengan modal pusingan RM100 juta untuk mengupayakan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Advertisement

Inisiatif membantu usahawan ditambah baik menerusi program Zero To Hero yang melaksanakan konsep melatih dan memantau peserta dikendalikan syarikat peneraju terpilih.

Pada 10 Februari lepas, kerajaan Selangor melancarkan Skim Niaga Darul Ehsan (NaDi) bagi membantu individu yang baharu menjalankan perniagaan dengan tawaran pinjaman antara RM1,000 hingga RM5,000.

Turut dilancarkan Go Digital untuk membantu usahawan sedia ada beralih ke arah pendigitalan menerusi pinjaman pembelian alat telekomunikasi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top