BM | EN | 中文

YAYASAN HARAPAN PONTIAN SUMBANG RM2,000

sumbangan-YHP.jpg
Advertisement

PONTIAN – Perihatin dengan nasib seorang ibu tunggal yang kehilangan rumahnya, Yayasan Harapan Pontian (YHP) menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000.

Sumbangan itu disampaikan kepada Jamaiah Abdullah, 59 berikutan rumahnya roboh selepas dilanda air pasang dan arus deras, Ahad lepas.

Pengerusi YHP,  Zulkifly Tasrif berkata, sumbangan berkenaan sebagai tanda simpati pihaknya kepada keluarga berkenaan.

Advertisement

“Kita berharap sumbangan ini dapat mengurangkan beban yang ditanggung keluarga berkenaan atas ujian yang menimpa mereka,” katanya.

Beliau berharap ada pihak lain tampil membantu keluarga itu yang kini terpaksa menumpang di rumah saudara terdekat.

“Kita serahkan kepada pihak berwajib seterusnya untuk melihat bantuan yang sesuai kepada mangsa  rumah roboh ini,” katanya lagi.

Advertisement

Sementara itu, Jamaiah berterima kasih kepada pihak yang sudi membantunya sekeluarga.

Terdahulu, rumah yang didiami keluarga itu musnah sekelip mata selepas menyembah bumi akibat dilanda air pasang dan arus deras.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top