BM | EN | 中文

YAKIN MAMPU BAWA SUARA RAKYAT

Syed-Ibrahim.jpg
Advertisement

PONTIAN, 31 OKT : Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh yakin dengan calon, Karmaine Sardini mampu membawa suara dan harapan rakyat Tanjung Piai.

Katanya, ketokohan dan pengalaman yang dimiliki calon Pakatan Harapan (PH) itu turut diyakini mampu memberikan khidmat bakti dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dengan cemerlang.

“Kita telah menang sebelum ini. Kemudian, ada banyak program baru yang dilaksanakan dibawah pentadbiran PH di Johor.

Advertisement

“Antaranya program Kad Sihat Johor, skim air percuma, Insentif Harapan Siswa dan sebagainya.

“Sebagai wakil kerajaan, maka sudah tentu calon akan terus membantu, apatah lagi rakyat memerlukan peranan seorang wakil rakyat yang mampu membela mereka,” katanya.

Tambahnya, dalam tempoh 18 bulan pertama kerajaan PH diakui berdepan cabaran, terutamanya dalam usaha penyampaian, penyaluran dan pelaksanaan dasar bagi memberi manfaat kepada rakyat.

Advertisement

Justeru katanya, dengan pengalaman yang dimiliki Karmaine, diharap beliau dapat menyusun dan menjalin kerjasama bersama rakan komponen PH dalam usaha melaksanakan agenda tersebut di Tanjung Piai.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top