BM | EN | 中文

Wujudkan segera program pengukuhan kesihatan mental rakyat – Adun Maharani

Nor-Hayati-Bachok-Adun-Maharani.jpg

Nor Hayati Bachok, Adun Maharani

Advertisement

MUAR, 1 FEB: Kerajaan disaran memberi penekanan khusus dan segera terhadap kesejahteraan mental berdepan suasana rakyat yang semakin tertekan dengan kehidupan.

Saranan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani, Nor Hayati Bachok kerana kerajaan dilihat masih lambat melakukan tindakan sewajarnya.

Beliau yang berulangkali mengingatkan kepentingan isu itu berkata, selain kelangsungan ekonomi, pembangunan kesihatan mental juga adalah perkara penting untuk diberikan tumpuan oleh kerajaan.

Advertisement

“Kalau dilihat statistik terkini peratusan kes-kes melibatkan kesihatan mental dan gangguan psikologi seperti bunuh diri, kemurungan, keresahan dan serangan panik meningkat sepanjang PKP sejak mula dilaksanakan pada Mac tahun lalu.

“Kerajaan tidak seharusnya memandang mudah dengan perkara tersebut kerana menjejaskan keselamatan keluarga dan kesejahteraan sosial masyarakat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Johor berkata, peruntukan RM24 juta untuk pengukuhan kesihatan mental dalam Belanjawan 2021 sewajarnya ditambah menjalankan program seperti rehabilitasi, terapi dan kaunseling kepada individu dan keluarga yang mempunyai masalah kesihatan mental sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP).

Advertisement

Tambahnya, kerajaan sepatutnya mengadakan program secara atas talian kepada rakyat serta mengadakan iklan berbentuk pembangunan kesejahteraan mental atau kesedaran di kaca televisyen dan laman maya.

“Belanjawan seperti yang diberikan kepada J-Kom itu sepatutnya perlu disalurkan kepada program-program komunikasi kesedaran kesihatan mental sama ada atas talian mahu pun iklan sehinggalah cereka pendek di pelbagai medium penerangan kepada rakyat.

“Sepertimana yang kita ketahui sebanyak hampir RM35 juta diperuntukkan untuk membina dewan di Pagoh, lebih baik peruntukan tersebut diagihkan untuk program-program kesihatan menta dan modal insan.

Advertisement

“Kerajaan perlu memandang serius akan hal ini bagi memastikan kesejahteraan dan keberlangsungan kehidupan rakyat di negara ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top