BM | EN | 中文

Wujud rangkaian baru sindiket seludup migran asing di Johor – Ayob Khan

Polis-Johor-Ayob-Khan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 DIS: Polis Johor percaya wujudnya rangkaian sindiket penyeludupan migran asing yang baru di negeri ini, berikutan masih terdapat pembolosan di pintu sempadan terutama di kawasan Pantai Timur.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pithcay berkata, pihaknya sedang melakukan pemantauan dan tangkapan susulan akan dibuat, setelah mengenal pasti dalang sindiket.

Katanya, setakat April sehingga Julai tahun ini sahaja, lebih 70 suspek yang terdiri daripada tekong darat dan laut telah diberkas dan disiasat di bawah Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Advertisement

“Setakat ini kita dapati masih ada pembolosan dan polis serta tentera juga ada lakukan tangkapan.

“Setakat April sehingga Julai kita sudah tangkap dan siasat (70 tekong darat dan laut), kesemua suspek dalam penjara untuk dibicarakan tetapi mungkin mereka berjaya wujudkan rangkaian baru untuk membolosi pintu masuk dan lokasi pendaratan negeri,

“Kita akan kesan rangkaian mereka,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pasar Borong Pandan, sini, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada ditanya sekiranya terdapat cubaan sindiket pati membolosi sempadan negeri ini.

Bagaimanapun Ayob Khan berkata, setakat ini tidak pernah berlaku insiden tembak menembak melibatkan sindiket penyeludupan pati mahupun kontraban di negeri ini, yang mana setakat ini hanya terdapat cubaan sindiket melanggar bot marin, terutama di sekitar pantai timur iaitu di Sedili dan Sungai Rengit.

Walaubagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan melakukan penambahbaikan dan memastikan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di negeri ini, dibekalkan jaket kalis peluru dalam masa terdekat.

Advertisement

“Polis marin dibekalkan jaket kalis peluru, cuma mungkin ada yang perlu digantikan dengan baru, jaket yang dibenarkan adalah ‘level’ tiga, manakala PGA pula akan dibekalkan dalam waktu terdekat,” katanya.

Sementara itu, mengenai pematuhan SOP, Ayob Khan berkata, masih terdapat individu di negeri ini yang melanggar SOP selain mengunjungi kelab-kelab malam, walaupun peningkatan kes COVID-19 di Johor telah mencecah tiga angka.

Katanya, setakat 1 Nov sehingga 9 Dis lepas sahaja, sebanyak 93 serbuan di pusat hiburan di negeri ini dilakukan, dengan melibatkan 408 tangkapan.

Advertisement

Ayob Khan dalam masa berkata, daripada 10 daerah di negeri ini, Tangkak dikenal pasti sebagai daerah terendah pematuhan SOP.

Tambahnya, semenjak 18 Mac sehingga 7 Dis lepas, seramai 4,869 individu juga telah dikompaun kerana melanggar SOP.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top