BM | EN | 中文

Wujud pusat kitar semula di kampung, PPR terkandung dalam Belanjawan Selangor 2021

belanjawan-selangor-2021.jpeg
Advertisement

KAJANG, 23 SEPT: Usaha bagi mewujudkan pusat kitar semula di semua kampung tradisi dan pangsapuri menjadi salah satu fokus di bawah portfolio alam sekitar menerusi Belanjawan Selangor 2021.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, (STI) Hee Loy Sian berkata beliau mengharapkan peruntukan tambahan bagi menjayakan projek berkenaan dalam belanjawan yang akan dibentang pada 30 Oktober ini.

“Kalau boleh kita mahu adakan pusat kitar semula untuk setiap tempat terutama di kampung-kampung tradisi termasuk perumahan jenis flat supaya mereka boleh membuat pengasingan sampah,” katanya, lapor Media Selangor.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada program Kesedaran Selamatkan Ozon sempena Hari Ozon Sedunia 2020 peringkat negeri Selangor disini, semalam.

Tambah beliau lagi, melalui peruntukan itu pengasingan sisa dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh melalui strategi yang lebih berkesan sekaligus menangani isu peningkatan jumlah sampah.

“Jadi, itu usaha kita dan harap supaya dapat lebih bajet bagi melaksanakan semua (inisiatif) ini. Kita memerlukan tong kitar semula yang berbeza untuk menjayakannya, kata Hee yang juga merupakan Adun Kajang.

Advertisement

Selangor memiliki 371 kampung tradisi di bawah pentadbiran 12 pihak berkuasa tempatan (PBT).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top