BM | EN | 中文

WHO pilih Malaysia kaji keberkesanan ubat Covid-19

WHO-world-health-organization.jpg

KUALA LUMPUR, 28 MAC: Malaysia antara negara dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menjalankan kajian bagi menguji keberkesanan ubat Rendesivir bagi merawat Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media semalam berkata, pemilihan negara ini dibuat berikutan keupayaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melakukan kajian klinikal.

“WHO menghubungi KKM untuk dipilih sebagai salah satu pusat untuk jalankan penyelidikan rawatan Covid-19 iaitu kita lihat ubat terbaru untuk kita selidik iaitu ubat Rendesivir untuk digunakan pada pesakit.

“Kita akan ada perbincangan dengan WHO dan antara agenda utama ialah berhubung penyelidikan bersama dengan WHO dengan KKM.

“Malaysia salah satu negara yang dipilih untuk menyertai penyelidikan ini,” katanya ketika sidang media di KKM, semalam.

Noor Hisham turut memaklumkan, pemilihan Malaysia dibuat berdasarkan kemampuan penyelidikan KKM yang baik.

“Kita akan memulakan penyelidikan secepat mungkin dan ia akan dibincangkan. Berapa negara yang terpilih malam ini kita akan tahu. Penyelidikan kita akan tertumpu di Hospital Sungai Buloh dan hospital lain yang merawat Covid-19,” katanya.

Mengulas keberkesanan ubat Rendesivir, katanya, ia akan diputuskan selepas penyelidikan dibuat.

“WHO akan kenal pasti ubat Rendesivir, jadi ubat ini telah dikenal pasti sebagai ubat yang boleh diguna untuk Covid-19, sama ada mujarab atau tidak kita kena laksanakan penyelidikan,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top