BM | EN | 中文

WHO iktiraf coronovirus sebagai wabak global, Malaysia sedia perluas sekatan

IMG-20200201-WA0009.jpg
Advertisement

PAGOH, 1 FEB: Kerajaan bersedia untuk memperluaskan lagi sekatan penerbangan masuk ke negara ini ekoran kenyataan World Health Organization (WHO) yang mengiktiraf coronovirus sebagai ancaman kesihatan global.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa yang ditubuhkan akan meneliti terlebih dahulu berhubung perkara itu.

“Sebagai wabak global, jawatankuasa yang dipengerusikan Kementerian Kesihatan perlu meneliti segera sebelum memutuskan langkah selanjutnya.

Advertisement

“Kami akan melaksanakan sekatan jika langkah ini telah diputuskan oleh jawatankuasa,” katanya dalam Majlis Perjumpaan Khas Pemimpin bersama Pemimpin, Srikandi dan Armada Peringkat Cawangan di Pagoh, semalam.

Tambah beliau lagi, setakat ini sekatan terhadap pelawat dari Wuhan dan kawasan sekitar Hubei, China telah mula dilaksanakan.

Sementara itu jumlah kematian akibat wabak coronovirus di China mencecah 259 orang setakat semalam manakala jumlah kes baharu yang dicatat adalah sebanyak 2120 orang.

Advertisement

Keseluruhan kes yang dikesan di 31 wilayah China meningkat kepada 11791 kes.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top