BM | EN | 中文

WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030 SASAR TIGA OBJEKTIF

IMG-20191005-WA0011.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) yang dilancarkan hari ini adalah kelangsungan wawasan terdahulu dengan mengambil kira jangkaan ekonomi semasa dan dalam tempoh sepuluh tahun akan datang.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, objektif utama WKB2030 adalah bagi menyediakan taraf hidup munasabah kepada semua rakyat Malaysia menjelang tahun 2030.

Katanya, terdapat tiga objektif yang ingin dicapai melalui WKB2030 iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan, dan negara yang bersatu, makmur dan bermaruah.

Advertisement

“Malaysia menempa pelbagai kejayaan dari segi kemajuan ekonomi. Kita berjaya melalui fasa peralihan ekonomi dari berasaskan komoditi pata tahun 1990-an kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan.

“Malaysia masih juga salah satu destinasi untuk pelaburan langsung asing (FDI). Pertumbuhan Kadar Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) dalam tempoh 1971-2018 adalah antara yang tertinggi di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini., hari ini.

Advertisement

Tambahnya, pola ekonomi dunia telah banyak berubah dan jauh berbeza, bukan komunikasi dan perdagangan antara sempadan, namun ekonomi dan kewangan kini dapat dicapai dalam milisaat.

“Malaysia dahulu telah berubah dari negara pertanian dan lombong ke industri. Kini sudah tiba masanya Malaysia membangun dengan memiliki ekonomi berasaskan teknologi, digttal dan data,” kata beliau.

Namun katanya, keutamaan pembangunan ekonomi negara pada dekad lalu yang cuba meliberalisasikan ekonomi Malaysia sebelum waktunya selain mengejar nilai KDNK dan negara berpedapatan tnggi menjadikan Malaysia sebagai model ekonomi nilai rendah.

Advertisement

Kata Tun Dr Mahathir ia juga menjadi punca kebergantungan negara kepada buruh yang berpendapatan dan berkemahiran rendah.

Justeru itu katanya, WKB2030 bakal diterjemahkan kepada strategi dan tindakan sejajar Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan diumukan pada tahun 2020.

“Wawasan ini akan dimulakan seiring dengan belanjawan WKB2030 yang akan diumumkan tidak lama lagi dan akan menjadi titik permulaan supaya ia dilaksanakan sepenuhnya dalam RMK-12 dan RMK-13 kelak,” katanya.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top