BM | EN | 中文

Wawancara Johorkini ‘Perjalanan Sidang DUN Johor Bersama Suhaizan Kaiat’

Wawancara-Johorkini-PERJALANAN-SIDANG-DUN-JOHOR-bersama-YB-Tuan-Haji-Suhaizan-Kaiat-Speaker-Dewan-Negeri-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 MEI: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merupakan antara yang paling bersejarah, kerana ia pertama kali diadakan selepas penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Justeru itu, Johorkini membawakan kepada anda secara langsung perbincangan mengenai perjalanan Sidang DUN Johor bersama Speaker, Suhaizan Kaiat.

Dalam wawancara kali ini beliau akan membicarakan pelbagai topik, namun sudah tentu ianya berkaitan dengan DUN Johor selepas buat pertama kalinya perubahan berlaku dalam sejarah di negeri ini dari pentadbiran Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan pada 2018.

Advertisement

Sebelum ini mungkin ada rakyat Johor yang tidak pernah ambil tahu, kurang tahu dan mungkin juga sengaja tidak diberitahu tentang perkara-perkara berkaitan DUN Johor.

Namun selepas berlakunya perubahan pada 2018, lebih ramai rakyat Johor teruja, bertanya dan ingin memahami apakah peranan DUN Johor dengan salah satu instrumennya, iaitu Speaker DUN.

Begitu juga persoalan tentang apa fungsi Menteri Besar dan barisan Exco? Selain itu, misalnya bagaimana suatu undang-undang, enakmen ataupun peruntukan kewangan negeri diusul, dibahas dan diluluskan.

Advertisement

Dalam konteks kebebasan media dan hak akses kepada maklumat sudah tentu perkara-perkara utama yang melibatkan kepentingan orang ramai ini wajar dikongsi dan dibincangkan bersama-sama.

Kupasan mengenainya boleh diikuti melalui wawancara yang akan ke udara pada jam 12.00 tengah hari ini secara langsung melalui laman Facebook Johorkini : https://www.facebook.com/jkini.my/

Wawancara ini akan dimudahcara oleh anak mahasiswa Johor, saudara Luthfi Yusri dari pertubuhan Mahasiswa Harmoni Malaysia.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top