BM | EN | 中文

Warung Nasi Beriyani Tanjung Langsat musnah terbakar

kebakaran-rumah-9-01-scaled.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 31 DIS: Warung Nasi Beriyani, Tanjung Langsat, di sini yang telah beroperasi sejak tiga tahun lalu musnah dalam kebakaran awal pagi hari ini.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Anuar Abdullah berkata, kebakaran itu dilaporkan berlaku pada jam 4.58 pagi.

“Bomba yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian sebelum berusaha memadamkan kebakaran.

Advertisement

“80 peratus daripada restoran tersebut bagaimanapun telah musnah dalam kebakaran itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Anuar, tiada kecederaan dilaporkan berlaku kerana ketika kejadian restoran tersebut tidak beroperasi.

“Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” tambahnya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top