BM | EN | 中文

Wartawan, penulis veteran Subky Latif meninggal dunia

Subky-Latif-Harakah-PAS.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 JUN: Bekas wartawan kanan dan veteran PAS, Subky Latif dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak-anaknya menerusi satu hantaran di Facebook.

‘Dukacita ingin dimaklumkan ayahanda kami Subky Abdul Latif telah pun menghembuskan nafas terakhir.

Advertisement

“Segala salah dan silap mohon diampunkan. Doakan arwah ditempatkan bersama para Nabi, sahabat, orang-orang soleh. Amin,” menurut kiriman di laman Facebook.

Allahyarham dilapor menghembuskan nafas terakhir dengan ditemani oleh isterinya, Naznah Taha dan semua anak-anaknya.

Allahyarham dikatakan sudah sekian lama uzur tetapi masih aktif menulis, khususnya untuk Harakahdaily. Dia dikatakan menghidap sakit myelodyplastic syndrome (MDS) atau pre-leukimia.

Advertisement

Jenazah akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatus Sakinah selepas solat asar.

Subky Abdul Latif Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang wartawan Utusan Melayu dan Warta Negara di Pulau Pinang mulai 1963.

Beliau merupakan mantan wartawan kanan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu yang disegani dan popular dengan tulisannya selaku pengarang tajuk rencana dan penulis pojok.

Advertisement

Subky kemudiannya menjadi penulis kolum Harakah dan HarakahDaily di ruangan Mens Sana in Corpore Sano.

Beliau juga menghasilkan banyak buku, kumpulan rencana dan autobiografi yang berkisar mengenai isu pentadbiran, politik dan agama di Malaysia.

Dalam arena politik, Subky pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 1983 hingga 2005 dan memegang jawatan Ketua Penerangan PAS Pusat bermula tahun 1988.

Advertisement

Beliau juga pernah memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan (2007) dan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan jawatan terakhir disandang sebagai Pengerusi Sidang As-Sabiqun PAS, platform yang menghimpunkan veteran parti Islam tersebut.

Allahyarham Subky pernah menjadi calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Pelabuhan Kelang 1979 menentang calon MIC, DAP dan Bebas.

Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian Tan Sri V. Manikavasagam, walaubagaimanapun beliau tewas.

Advertisement

Selain itu, beliau turut bertanding dalam siri pilihan raya umum Malaysia bagi tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

Johorkini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah. Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama oerang yang soleh.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top